Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Surat Bantahan Program Hari Valentine Diterima Baik Oleh Pihak Pengurusan

11 RABI'UL AWWAL 1432 H  (14 FEBUARI 2011, ISNIN - Alhamdulillah, baru sahaja kelmarin Surat Bantahan Program Hari Valentine diserahkan kepada Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik Kota Kinabalu iaitu Encik Dullah Muluk. 

Dari kiri : Saudara Mohd. Azrie Ismail (Pengerusi Kelab Islah), Saudara Masedeh Rosmin (Pengarah Jentera Pilihanraya HPA), Encik Dullah Muluk (Timb. Peng. Sokongan Akademik), Saudara Al Mutahhara Kamaruddin (YDPJPP).

"Bagus juga kamu membuat bantahan ini supaya tidak membenarkan mahasiswa yang beragama Islam terlibat denga program ini," kata TPSA ketika YDP menyerahkan surat bantahan tersebut.

Penyerahan surat bantahan tersebut berlangsung selama lebih kurang lima minit dan Kelab Islah berharap semua mahasiswa yang beragama Islam tidak melibatkan diri dalam Program Hari Valentine.

"Larangan untuk tidak mengikuti Program Hari Valentine ini adalah untuk mahasiswa yang beragama Islam sahaja sementara mahasiswa yang bukan beragama Islam, kami umat Islam tidak akan sekali-kali menghalang mereka. Kita umat Islam berpegang pada ayat Allah yang bermaksud "Untuk kamu (bukan Islam) agama kamu, untuk kami (Umat Islam) agama kami", bermaksud program keagamaan agama lain, Islam tidak boleh menghalangnya, kerana itu kebebasan agama mereka," kenyataan Al Mutahhara yang merupakan salah seorang daripada penyokong Surat Bantahan Program Hari Valentine.

Kelab Islah juga berharap agar semua mahasiswa yang beragam Islam supaya menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang agama supaya tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti yang melanggar syariat Islam.

Mudah-mudahan kita semua berada dalam redha Allah SWT. 

Takbir! (Allahuakbar!)

Wallahu'alam.

MENCARI REDHA ALLAH

Lawatan Muhibbah Pimpinan Kampus



10 Februari 2011 – Semalam telah berlangsung sebuah program anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang turut melibatkan kerjasama antara Kelab Islah dan Jawatankuasa Pelajar Kamsis.

Wakil daripada Kelab Islah, diketuai oleh saudara Mohd. Azrie Bin Ismail manakala Jawatankuasa Pelajar Kamsis diketuai oleh Zukhairul.

Program tersebut bermula pada jam 8.30 malam di BKU 1 dengan ucapan daripada Yang Dipertua JPP, saudara Al Mutahhara bin Kamaruddin serta taklimat daripada pengarah program iaitu Armah Bte Arun, Ketua Biro Perpaduan dan Integrasi dengan dibantu oleh Saifudin Bin Jamilin, Ketua Biro Kebajikan dan Sosial.



Antara isu yang ditanya oleh warga kampus ialah  infrastruktur dan keselamatan warga kampus. Bagi menjawap persoalan tersebut YDP memaklum bahawa JPP sememang prihatin dengan masalah berkenaan di mana JPP telah memasukan Kempen Sifar Anjing dalam takwim mereka bagi menangi masalah berkenaan. Manakala persoalan berkenaan wifi percuma juga turut terjawap di mana YDP memaklumkan bahawa pengarah Politeknik KK bersetuju untuk mewujudkan keperluan berkenaan.

Antara harapan YDP ialah seluruh kampus bersedia untuk memberikan kerjasama bagi melicinkan kerja mereka. Turut tidak ketinggalan ucapan terima kasih daripada pengerusi Kelab Islah terhadap sokongan warga kampus politeknik kk.

Manakala pengerusi JPK pula berharap pelajar sentiasa menggunakan saluran yang telah disediakan bagi mengatasi permasalahan mereka dengan berkesan.

Diharap program ini dapat mengurangkan perbezaan antara pimpinan kampus serta mahasiswa Politeknik KK. Pada masa yang sama mengajak para pimpinan kampus untuk mendekati golongan yang memerlukan perhatian serta mewujudkan persefahaman dan keharmonian.


Lawatan dilakukan disetiap aras blok kediaman mahasiswa dan mahasiswi dengan mengikut kumpulan yang ditetapkan. Sedikit juadah turut disediakan semasa lawatan dan program berakhir pada jam 11.00 malam.

Kelab Islah bersama dengan Ustaz Nazri & Bob Lokman.

18 DISEMBER 2010 - Kelab Islah bertuah kerana dikunjungi oleh Ustaz Nazri dan Bob Lokman malam ini. Bob Lokman merupakan pelakon, pelawak, dan penulis lagu Malaysia telah berubah kepada muslim yang sebenar. Beliau kini mula bergiat aktif dalam bidang dakwah.

"Saya masuk Islam (menjadi muslim sebenar) baru beberapa bulan sahaja..." kata beliau (gambar di bawah) ketika menceritakan sedikit pengalaman beliau berdakwah kepada orang bukan Islam.

Bob Lokman

Ustaz Nazri (Guru Bob Lokman)

AJK Kelab Islah bersama Ustaz Nazri dan Bob Lokman.

"Mujahid mesti menunjukkan akhlaq yang baik. Mujahid tidak boleh meninggalkan Al-Quran," kata Ustaz Nazri ketika memberikan tazkirah kepada AJK Kelab Islah.

Mudah-mudahan kedatangan Ustaz Nazri dan Bob Lokman menjadi satu pembakar semangat AJK Kelab Islah supaya lebih bekerja keras di medan dakwah.

Allahuakbar!

'MENCARI REDHA ALLAH'

Pilihanraya Kampus Politeknik Kota Kinabalu


19 DISEMBER 2010 - Pilihan Raya Kampus Politeknik Kota Kinabalu akan diadakan pada tahun hadapan (2011). Pada sabtu yang lalu, pihak PoliKK baru sahaja menaikkan ‘banner’ tentang Pilihanraya Kampus. ‘Banner’ Pilihanraya Kampus boleh dilihat pada pagar gelanggang tenis dan dan pada dinding hadapan Pusat Islam.

Sehubungan itu, Kelab Islah telah menemu bual Saudara Al Mutahhara Kamaruddin (Gambar di sebelah kanan) yang merupakan Unit Pemantau Kelab Islah dan Mantan Ketua Unit Tarbiyah sesi Jun 2010 tentang Pilihanraya Kampus ini.

Beliau berkata, “saya  berharap calon yang menawarkan diri untuk merebut kerusi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar  adalah dalam kalangan orang-orang yang layak dan sedia menunaikan amanah yang diberikan oleh mahasiswa Politeknik Kota Kinabalu. Calon hendaklah dalam kalangan orang yang taat pada Allah dan Rasulnya. Ketaatan kepada Allah perlu kerana dengan ketaatan kepada Al-Khaliq sahaja seseorang itu boleh dan layak menjadi pemimpin. Hal ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Oleh itu, mahasiswa Politeknik Kota Kinabalu perlu memilih calon JPP yang taat pada Allah. Sebagai contoh, calon hendaklah sentiasa menunaikan solat 5 waktu. Ini selaras dengan dengan firman Allah SWT :
"Sungguh, Allah menyuruhmu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaknya kamu menetapkannya dengan adil. Sungguh, Allah sebaik-baik yang memberi pengajaran kepadamu. Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Melihat." (An-Nisa : 58).

Kesalahan mahasiswa mengundi calon yang tidak taat kepada Allah, adalah satu dosa di sisi Allah SWT kerana melanggar suruhan Allah SWT sebagaimana yang tercatat dalam petikan Al-Quran di atas.” Katanya ketika ditanya oleh Unit Penerbitan Kelab Islah.

Oleh itu, Kelab Islah berharap kepada seluruh mahasiswa Politeknik Kota Kinabalu memilih pemimpin yang adil dalam pilihanraya kampus tahun hadapan.

‘MENCARI REDHA ALLAH'

Kursus Kepimpinan AJK Kelab ISLAH Sesi Jun 2010

17hb Oktober 2010 – Sebuah program Kursus Kepimpinan AJK Kelab Islah telah dilaksanakan di sini. Program anjuran Kelab Islah Politeknik KK tersebut telah berlangsung selama dua hari dua malam tersebut bermula pada 15 hb sehingga 17hb Oktober 2010 bertempat di Pusat Islam Politeknik KK.

Seramai 34 peserta telah menghadiri program berkenaan dan antar tajuk-tajuk kuliah dasar yang diusahakan ialah Protokol & Kertas Kerja (muh Rajif Kandondiog), Pengucapan Awam & Cara Berorganisasi (Hj. Fikri Bin ) serta Kepimpinan Dalam Islam (Ust. Khairul Fitri).

Majlis penutupan pula telah dirasmikan oleh Ust. Raja Ahmad Bin Raja Husin pada 10.30 pagi bertempat di Bilik Seminar Pusat Islam Politeknik KK. Semasa ucapan perasmiannya beliau mengingatkan para peserta tentang kisah kepimpinan Khalid al-Walid yang menjadi kekuatan kepada tentera Islam yang memerangi tentera musuh yang berlipat kali ganda bilangan jadi bilangan tentera islam.

Menyusul daripada program Kursus Kepimpinan AJK Kelab ISLAH Sesi Jun 2010 ialah program Penutupan AJK Kelab ISLAH Sesi Jun 2010 yang akan dikendalikan oleh para peserta kursus yang terpilih.

Politeknikk KK Johan Keseluruhan Festival Kesenian Islam Zon Borneo 2010


29 JULAI 2010 (KHAMIS) : Politeknik Kota Kinabalu, Sabah telah menjadi tuan rumah bagi Festival Kesenian Islam Peringkat Borneo 2010. Festival berkenaan disertai oleh empat buah Politeknik, iaitu Politeknik Sandakan, Politeknik Mukah dan Politeknik Kuching, Sarawak. 

Antara acara yang dipertandingkan ialah Pertandingan Pidato, Azan, Dikir Barat Nasyid dan Puisi. Festival ini telah dikendalikan dibawah Jabatan Pengajian Am, Politeknik KK yang diketuai oleh Ustazah Norni Bte Wahab manakala Kontinjen Politeknik di ketuai oleh Puan Norhashimah Bte. Kassim dari Unit Kaunseling.

Berikut adalah keputusan pertandingan :

DIKIR BARAT

Johan : Kumpulan Bayu Sukma, PKK*
Naib Johan : Kumpulan Sri Rajawali , PKK

Ketiga : Kumpulan Tanjak Borneo, PMU

NASYID

Johan : Politeknik Mukah, Sarawak
Naib Johan : Kumpulan Aidee, PKK*
Ketiga : Kumpulan Nur  Mukminin,PKK
*

AZAN

Johan : Politeknik Mukah, Sarawak
Naib Johan : Mohd Nur Azlan Sahruddin (PKK)*
 Ketiga : Politeknik Sandakan, Sabah
Keempat : Politeknik Kuching, Sarawak

PIDATO ( LELAKI)

Johan : Mohd Fikri Bin Jumat (PKK)
Naib Johan : Politeknik Kuching, Sarawak
Ketiga : Suhimi Nain (PKK)*
Keempat : Politeknik Sandakan, Sabah

PIDATO ( PEREMPUAN)

Johan : Politeknik Kuching, Sarawak
Naib Johan : Nuraini Mohd Satree (PKK)
Ketiga : Siti Nur Aisyah Amboalang (PKK)*
 
Keempat : Politeknik Sandakan, Sabah

PUISI (LELAKI)

Johan : Politeknik Sandakan, Sabah
Naib Johan : Mohd Fikri Bin Jumat (PKK)
Ketiga : Politeknik Kuching, Sarawak

PUISI (PEREMPUAN)

Johan : Siti Nur Ah Fizzah Binti Junih (PKK)
Naib Johan : Politeknik Kuching, Sarawak
Ketiga : Politeknik Sandakan, Sabah

JOHAN KESELURUHAN : POLITEKNIK KOTA KINABALU, SABAH 

Sesuatu yang amat simbolik ialah di mana kejayaan yang dikecapi telah diiringi dengan kalimah Takbir  (Allahuakbar!) oleh para pelajar. Turut tidak ketinggalan ialah En. Ali Bin Rashid, Pustakawan Politeknik Kota Kinabalu. 

Festival berlangsung selama sehari dan majlis penutupan telah dirasmikan oleh Datuk Jahid Jahim dari Pembantu Menteri Belia dan Sukan pada sebelah malam. Tahniah bagi jawatankuasa penganjur kerana program telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Semoga ini menjadi pemangkin kepada penerapan islam di dalam siswa siswi Politeknik Kota Kinabalu, Sabah.

* ahli Kelab Islah Politeknik KK

Saringan Puisi & Pidato Festival Kesenian Islam Peringkat PKK

13 JULAI 2010 : Semalam telah berlangsungnya sebuah Saringan Puisi & Pidato Peringkat Politeknik Kota Kinabalu. Di mana saringan tersebut telah disertai tujuh pendeklamator dan lima orang pemidato. Tema bagi peringkat saringan berkenaan adalah Transformasi Ke Arah Kecemerlangan. Peringkat saringan ini telah dikendalikan oleh Jabatan Pengajian Am.

Dua peserta puisi akan mewakili Politeknik KK pada 29 Julai 2010 sempena Festival Kesenian Islam Zon Borneo yang akan turut berlangsung di Politeknik KK. Seorang seorang lelaki dan seorang perempuan. Manakala bagi kategori pemidato pula empat peserta, dua peserta lelaki dan dua lagi adalah peserta perempuan. Tahniah diucapkan bagi mereka yang layak untuk mewakili Politeknik KK.