Majlis Raya Kelab Islah 1431H/2010M


"Majlis Raya Kelab Islah 1431H/2010M"

Terbuka kepada AJK Kelab Islah

Tarikh : 16 Syawal 1431H/25 September 2010M (Sabtu)

Tempat : Bilik Seminar Pusat Islam

Masa : 8:00 malam

Ucapan : Ustaz Mohd. Zahari Yusoff (Penasihat Kelab Islah Politeknik Kota Kinabalu)
Azman Hanafiah (Pengerusi Kelab Islah Politeknik Kota Kinabalu)

"Bersama Mencari Redha Allah"

Jangan Jadi Jahil

Bismillahirrahmanirrahim.

Firman Allah SWT :

“Dan demikian di antara manusia, makhluk bergerak yang bernyawa dan haiwan-haiwan ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Di antara hamba-hamba Allah yang takut kepadaNya, hanyalah para ulama (orang-orang yang mengetahui ilmu kebesaran dan kekuasaan Allah). Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Pengampun.” (Surah Fatir : Ayat 28).

Ayat di atas menunjukkan bahawa Allah mengiktiraf orang yang mencari ilmu untuk mendekatkan diri kepadaNya. Yakni mencari ilmu semata-mata untuk meraih keredhaan Allah SWT.

Malangnya manusia pada hari ini, sebilangannya mengabaikan ilmu agama yang merupakan alat terbaik untuk kita mengesan mana yang baik dan buruk dalam amalan kita seharian.

Kerana kejahilan, ada yang sanggup memisahkan Islam dengan perkara yang di ambil penting oleh Islam sebagai contohnya politik ataupun sistem pemerintahan.
Namun yang demikian, bukanlah tujuan mencari ilmu untuk kebanggaan atau untuk berdebat yang tiada guna kerana hal yang sedemikian mendapat azab daripada Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW  :

“Janganlah mempelajari ilmu untuk menandingi para ulama, untuk dipamerkan pada orang-orang jahil, dan untuk mencari kedudukan tertinggi. Sesiapa yang melakukan demikian, maka nerakalah tempatnya.” (Riwayat Ibnu Hibban, Imam Al-Bahaqi, dan Ibnu Majah daripada Jabir).
Oleh itu, carilah ilmu dengan niat hati yang ikhlas yakni hanya kerana Allah SWT kerana dengan cara yang sedemikian akan dipermudahkan oleh Allah SWT untuk mendapat nikmat syurga pada Hari Akhirat kelak.

Sebuah hadith yang dilaporkan daripada Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda :

“Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga. Setiap kaum yang mahu berkumpul di salah satu rumah Allah sambil membaca Kitab Allah, dan saling belajar di antara di antara mereka, maka mereka akan dikelilingi oleh para malaikat, diturunkan ketenangan, diliputi rahmat, serta diingat oleh Allah sebagai orang yang ada disisiNya.” (HR. Imam Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasa i, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).
Mudah-mudahan ilmu yang kita timba selama ini mendapat keredhaan daripada Allah SWT.

Dengan demikian, saya mengingatkan kepada sahabat dan sahabiah sekalian dan juga yang paling utama diri saya sendiri supaya kita perlu sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar hati kita sentiasa ikhlas dalam menuntut ilmu dan dalam melakukan amal soleh.

'Ke arah mencari redha Allah SWT'

Wallahu’alam.

Al Mutahhara Kamaruddin
Ketua Unit Tarbiyah Muslimin
Sesi Julai 2010
5 Syawal 1431 H / 14 September 2010

Bakar al-Quran Mengapikan Semula Islamofobia

Sumber : http://www.harakahdaily.net

Pelbagai reaksi diberi rentetan pengisytiharan bakar Al-Quran yang bakal dilakukan oleh Dr Terry Jones dari Dove Dunia Outreach Centre di Florida Amerika menjelang sambutan 11 September.

Ironinya sehingga kini isu tragedi WTS 11 Septeber 2001 masih dalam fasa kekabutan mengenai punca sebenar keganasan tersebut. Jika ia dirancang oleh dua pemandu kapal terbang Arab, bagaimana pula dengan bukti-bukti yang dinyatakan oleh para pengkaji forensik banguna di mana impak hentakan kapal terbang tidak berjaya merunyuhkan bangunan sebaliknya terdapat kesan bahan letupan dari aras bawah tanah dan setiap lantai arasnya?

Bagaimana pula dengan kenyataan-kenyataan berikut?

 I can think of no faster way to unite the American people behind George W. Bush than a terrorist attack on an American target overseas. — Henry Kissinger (ahli sains politik AS, penerima anugerah nobel keamanan) September Eleven was good for Israel. — Benjamin Netanyahu (Perdana menteri Israel)

Juga syarikat mesej pantas ODIGO melaporkan dua pekerjanya menerima isyarat letupan akan dibuat 2 jam sebelum peristiwa 11 September. ODIGO adalah syarikat berkaitan dengan Israel berpusat di New York.

Jelas, peristiwa ini masih jauh untuk dikaitkan dengan dunia Islam atau arab. Apatah lagi jika terus dikaitkan dengan sarana  Al Quran dan pembakarannya diabsahkan.

Jelasnya ia juga bukan sikap sebenar kaum Kristian seluruh dunia walauapun majoriti mangsa tragedi adalahpenganut Kristian. Jika diteliti, saranan Gereja Dove World Outreach Center di Gainesville di Florida ini jelas adalah konspirasi besar Zionis untuk melaga-lagakan dua agama dalam masa yang sama menutuup kosnpirasi besar mereka.

Gereja ini telah melancarkan kempen dengan menggunakan slogan Everybody Burn Quran Day kononnya sebagai langkah memperingati mangsa tragedi 9/11 yang dikaitkan dengan sikap ganas kumpulan pelampau Islam.

Rakyat Malaysia perlu berbangga dengan sikap Perwakilan dari Sayap Pemuda Majlis Gereja-gereja Malaysia (CCM Youth) menyerahkan sebuah memorandum kpada Kedutaan Besar Amerika Syarikat hari ini dan menyeru kerajaan AS untuk menghentikan tindakan gereja di Florida tersebut daripada melakukan pembakaran Al-Quran pada 11 September 2010.

Memorandum setebal 8 mukasurat itu telah dihantar oleh lima orang yang diketuai oleh paderi Gereja Lutheran Bangsar Rev Sivin Kit, dan Moderator CCM Youth dan anggota Lembaga Eksekutif Chrisanne Chin, yang menyerahkan memorandum kepada Jeremy Nathan, Naib Penasihat Politik Kedutaan Besar AS di Kuala Lumpur.

Pemuda CCM sangat menentang ancaman oleh Dr Terry Jones dari Dove Dunia Outreach Centre, sebuah organisasi  50 orang di Gainesville, Florida, untuk membakar teks suci, Quran, pada hari peringatan serangan World Trade Center. Mereka  mengutuk usaha untuk membakar teks suci agama lain sebagai satu penyelesaian yang salah.

CCM Youth juga mengulangi mengingatkan bahawa Dove Niat World Outreach Center tidak mewakili sentimen penganut Kristian di Malaysia, dan tidak bersetuju dengan tindakan membakar kitab suci mana-mana agama, tidak menyokong agenda provokatif atau menghina agama lain.

Terry Jones yang melancarkan kempen ini pernah turut menulis sebuah buku yang berjudul Islam is of the Devil, manakala pihak gerejanya  turut menjual mug dan t-shirt  yang menampilkan mesej tajuk buku tersebut sebagai usaha mempromosikan pelabelan Islam sebagai syaitan. Bagi menyebarkan mesej tersebut, pihak gereja turut melancarkan kempen melalui Youtube.

Persatuan Evangelis Kebangsaan (NAE) The National Association of Evangelicals juga mengeluarkan kenyataan agar Dover World Outreach membatalkan cadangan untuk memperingati tragedi 9/11 dengan membakar al-Quran. NAE adalah persatuan pendidikan Gospel di Amerika.

Umat Islam yang membantah sikap Islamofobia ini telah mengadakan beberapa siri demostrasi antara yang terhebat adalah di Masjid Milad Kabul ul-Nabi di Kabul Afghanistan.

Sikap reaksi melalu dengan membakar kitab suci agama lain adalah sikap tidak bertamadun yang sebenarnya merancakkan ketegangan kaum serta mengapikan semula islamofobia di Amerika.

Muhammad Nuruddin Bashah,
Sekreteriat MUDA-Teras.