Perutusan Sesi Julai 2010

“Kamu itu Pilihan Allah”

Sempena semester Julai 2010 ini, kami ahli Kelab Islah mengucapkan tahniah kepada semua pelajar Semester 1 yang berjaya terpilih untuk melanjutkan pelajaran di Politeknik. Tidak lupa juga pelajar-pelajar senior yang telah Berjaya mendaftarkan diri. Semoga semester yang baru ini merupakan satu lembaran baru yang lebih baik daripada sebelum ini.

Sesungguh kita semua ini adalah pilihan Allah Subhana Wa Ta’ala di antara beribu-ribu pemohon IPTA seluruh negeri. Oleh itu sama-samalah kita gunakanlah peluang ini dengan sebaiknya agar tidak menyesal di kemudian hari. Renungilah firman Allah Subhana Wa Ta’ala yang bermaksud :

"“Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka dia akan berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku." (Surah al-Haqqah : ayat 25 )