Islah Setapak ke Hadapan

3 Julai 2011, Ahad : Islah telah mengubah sistem organisasi yang dijalankan seperti sebelum ini. Terdapat lajnah-lajnah yang baru ditubuhkan bagi melicinkan gerak kerja Kelab Islah supaya selari dengan visi dan misi Kelab Islah.

Selain itu, wajah-wajah baru pimpinan telah dilantik dalam mesyuarat yang dihadiri oleh mantan-mantan pimpinan dan  pewaris-pewaris pimpinan Kelab Islah. Pimpinan-pimpinan  baru ini akan meneruskan perjuangan Kelab Islah yang merupakan Gerakan Islam di dalam Politeknik Kota Kinabalu.

Mohd Sabrie Abd Salam
Pengerusi Kelab Islah
"Perlantikan saya sebagai Pengerusi Kelab Islah adalah untuk saya lebih mengenali Allah sebenarnya," kata Mohd Sabrie apabila beliau berucap buat kali pertama sebagai Pengerusi Kelab Islah yang disambut dengan laungan takbir oleh para pimpinan baru dan mantan pimpinan.

Berikut adalah sistem organisasi Kelab Islah :

Majlis Tertinggi :

- Pengerusi
- Timb. Pengerusi 1 
- Timb. Pengerusi 2
- Pengerusi (Muslimat)
- Timb. Pengerusi 1 (Muslimat)
- Timb. Pengerusi 2 (Muslimat)
- Setiausaha
- Timb. Setiausaha
- Bendahari
- Timb. Bendahari

Lajnah-lajnah :

1. Lajnah Tarbiyah
2. Lajnah Siasah
3. Lajnah Dakwah
4. Lajnah Kebajikan
5. Lajnah Penerangan & Penerbitan
6. Lajnah Ekonomi
7. Lajnah Latihan Industri

*Untuk lebih lanjut sila ke link ini MT dan Ketua-ketua Lajnah .

Wajah-wajah pimpinan baru Kelab Islah

Istimewanya adalah pimpinan berwajah baru mempunyai cara yang tersendiri yang mungkin mampu membawa Kelab Islah setapak ke hadapan dan mempertahankan kekuatan yang telah dibina sepanjang penubuhannya.

Mahasiswa dan mahasiswi sedia maklum bahawa Kelab Islah sebelum ini telah berjaya melahirkan kepimpinan Politeknik Kota Kinabalu. Di mana dua kali pilihan raya kampus telah diadakan dan Kelab Islah telah menghantar beberapa calon dalam pilihan raya kampus ini dan dua kali juga memenangi kerusi YDP. Di antaranya Sdr. Mohd Iskhandar Mohd Yassin dan Sdr. Al Mutahhara Kamaruddin.

Di samping itu, kalau dilihat sebelum ini, Kelab Islah sudah selangkah di dalam mencegah kemungkaran di mana Kelab Islah telah menetapkan pendirian untuk membantah Program Hari Valentine yang melibatkan muslimin dan muslimat di dalam Politeknik ini. [Sila ke link ini Valentine].

Bersama-samalah kita mendoakan kepimpinan Kelab Islah kali ini supaya mendapat rahmat dan redha daripada Allah.

'ALLAH ADALAH TUJUAN KAMI'