Al Mutahhara Kamaruddin Diiktiraf YDP oleh Mahasiswa PoliKK.

Bismillahirrahmanirrahim.

13 JANUARI 2011 - Al Mutahhara Kamaruddin telah mendapat undian yang paling teringgi di antara ke enam lawannya. Beliau yang merupakan calon daripada Himpunan Penyokong Al Mutahhara (HPA) dan juga daripada Kelab Islah mendapat undi majoriti sebanyak 154 undi meninggalkan calon lawan terkuatnya Saudara Zulbada Alior.

Dengan ini, Al Mutahhara diisytiharkan sebagai Yang DiPertua Politeknik Kota Kinabalu dan Zulbada Alior sebagai Naib Yang DiPertua. Watikah Perlantikan akan diadakan pada Isnin ini.

Pada malam kemenangan tersebut, beberapa AJK Kelab Islah telah mengadakan sambutan hari jadi kepada Al Mutahhara walaupun beliau menyembunyikan perkara tersebut. 

"Saya ingatkan tidak ada orang yang tahu tentang tarikh hari jadi saya," kata beliau ketika dalam ucapannya sempena hari jadi.

"Kemenangan dalam pilihanraya kali ini adalah satu hadiah terbesar oleh Allah SWT kepada kamu," dalam satu sms daripada sahabat beliau.

Berikut adalah keputusan PRK Politeknik Kota Kinabalu :

Al Mutahhara Bin Haji Kamaruddin - 2032 Undi
Zulbada Bin Alior - 1878 Undi
Asrul Bin Dualin - 1454 Undi
Yee Pui Man - 1419 Undi
Dg Junaijah Bt Sani - 1417 Undi
Hasmiati Bt Amir - 1313 Undi

Kini HPA digantikan kepada Gerakan Mahasiswa Politeknik Kota Kinabalu (GEMA) di mana Al Mutahhara juga sebagai Presidennya.

Kelab Islah dan GEMA berharap JPP dapat bekerjasama untuk membela hak mahasiswa.

'MA'ABTIGHAAN MARDHATILLAH'.

1 ulasan:

January 18, 2011 at 8:30 PM Anonymous said...

assalamualaikum... tahniah kpd Al-Mutahhara. saudara,anda ingin perjuangkn bahawa mahasiswi yg beragama muslim d kehendaki memakai tudung labuh. klu sya x silap khabar. perjuangan anda baik. tp sedarkah saudara bhwa sekarang pun mahasiswi memakai tudung tp d luar politeknik atau selepas waktu perkuliahan ada yg buka tudung?
sedarkah saudara bhawa ada yg bertudung tp rambut berwarna?
mmg indah bila d pandang wanita bertudung labuh berpakaian sopan..
tp tdakah lgi d pndang hina jika yg bertudung labuh semasa perkuliahan ttpi d luar lepas rambut serta bewarna?
sebelum mulakan pemakaian tudung labuh,selesaikn dulu rambut berwarna. sekian...wassalam