Ke Arah Perubahan Mahasiswa

Oleh : Ikhwan Nain


Sebermulanya 1 Ramadhan 1431, satu peraturan baru telah diwartakan di Politeknik KK. Peraturan berkenaan pengasingan tempat di antara para lelaki dan perempuan di ruang makan kafateria. Sesungguhnya kelab Islah Politeknik KK menyokong penuh usaha murni ini. Hal ini kerana kafeteria merupakan tempat tetap bagi pasangan kekasih untuk memadu asrama, dan ada laporan yang mengatakan sehingga ada yang berpelukan tanpa segan silu. 

TAHNIAH KEPADA PIHAK PENGURUSAN 

Hal ini adalah selari dengan hadith Nabi yang bermaksud :

"Barangsiapa di antaramu melihat (mengetahui) sesuatu kemungkaran, hendaklah (berusaha) memperbaikinya dengan tangannya (kekuasaan), bila tidak mungkin hendaklah berusaha memperbaikinya dengan lidahnya (nasihat), bila tidak mungkin pula, hendaklah mengingkari dengan hatinya (tinggalkan). Itulah selemah-lemah iman." (Hadith Riwayat Muslim)

Di mana pihak pengurusan boleh dikategorikan sebagai peringkat yang pertama sekali iaitu dengan kuasa. Oleh itu tindakan yang dilakukan ini diharap akan dikuatkuasakan sepenuhnya dengan cara-cara yang sesuai.

BAGI PARA SISWA DAN SISWI

Umum mengetahui seperti peraturan sebelum ini pasti ada yang akan mengatakan Politeknik KK seperti sekolah menengah. Tidak dinafikan ia seolah-olah peraturan yang tidak sepatutnya dilaksankan di IPT yang dikatakan penuh dengan kebebasan. Namun, kita perlu ingat pihak pengurusan tidak akan mewujudkan peraturan sedemikian sekiranya kita menggunakan akal kita dan meletakkannya ditempat yang sepatutnya. Sekiranya kita hendak dilayan seperti pelajar Universiti maka kita hendaklah berfikiran seperti mereka. Dengan kata lain ianya berpunca daripada sikap kita sendiri.

Sebagai contoh, sekiranya manusia menyembah Tuhan dan tak melakukan kerosakan, tak perlulah diutuskan Nabi dari sisi Allah Subhana Wa Ta’ala. Tidak perlulah diwujudkan hukum-hukum Islam di dunia, Tetapi disebabkan manusia sering melanggar arahan Tuhan, maka diutuskan seorang Rasul berserta peraturan yang ditetapkan. (malangnya manusia masih ingkar)

Oleh itu, jika hendakan kebebasan kita perlu lakukan perubahan dalaman.

PERATURAN BUKAN SEGALA-GALANYA

Manakala dari perspektif lain warga Politeknik perlu mengorak langkah. Penguatkuasaan peraturan seperti di atas bukanlah segala-galanya dalam membentuk generasi masa hadapan, dalam kita menguatkuasakan peraturan tersebut kita mesti menggerakan satu lagi bahtera perubahan minda bagi menyedarkan siswa dan siswi kita kerana sebahagian daripada pelajar kita sudah ketandusan budaya berfikir kelas pertama. Hampir tenggelam dimamah hedonisma.

Oleh itu satu pelan khas perlu dirangka bagi memberikan kesedaran kepada siswa dan siswi dan bukannya berasaskan peraturan semata-mata. Seperti mana hukum-hukum Islam, sikapnya bukanlah untuk menghukum semata-mata tetapi untuk memberikan kesedaran kepada pesalah.

INI TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Ini bukanlah tanggungjawab sebahagian daripada warga Politeknik sahaja. Tetapi ini adalah kewajipan kepada semua agar kita mampu bangkit semangat masyarakat yang memiliki minda kelas pertama. Lebih-lebih mereka yang memiliki kuasa dan kemampuan, disamping pihak pengurusan dan pensyarah perlu memainkan peranan masing-masing, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Pembimbing Rakan Sebaya, Jawatankuasa Pelajar Kamsis, Rakan Pustaka, Kelab Islah serta organisasi lain yang sewaktu dengannya mesti turut sama menjayakannya.

Mungkinkah perlu diwujudkan konvensyen Mahasiswa peringkat Politeknik KK bagi menggerakkan usaha ke arah perubahan minda ke arah Mahasiswa kelas pertama? Perubahan di tangan kita!

1 ulasan:

August 13, 2010 at 11:47 PM Muslim Haraki said...

Salam. Saya ingin memberikan sedikit pandangan drpd diri sy yg dhoif ini. Saya bersetuju dengan pendapat saudara yg mengatakan bhw pelaksanaan 100% undg2 tidak akan memberikan perubahan yg terbaik. Saya juga bersetuju bahawa satu langkah perlu diambil selain drpd pelaksanaan undg2.

Bagi saya sendiri, pemahaman ttg Islam itu perlu diterapkan dalam diri setiap pelajar. Ilmu tauhid perlu diajarkan kepada pelajar yang beragama Islam. Terutama kepada pelajar semester 1. Hal ini dapat dilakukan di dalam usrah. Nuqaba sewajibnya memainkan peranan penting dalam hal ini!!! Mahu tidak mahu, ini adalah tanggungjawab nuqaba. Tapi bukanlah maksud saya bukan uqaba tidak memainkan peranan penting.

Malangnya, ada dalam kalangan nuqaba sendiri pun menjalankan tanggungjawab sebagai nuqaba. Malas unutk membaca dan mendengar kuliah agama.

Jika kita sebagai nuqaba, maka sewajibnya kita menunjukkan contoh yang terbaik. BAgaimana kita mahu menanamkan rasa suka ilmu kepada anak usrah sekiranya naqib pun xcinta dengan ilmu???

Anak usrah merupakan senjata pertama untuk bersama kita menyebarkan dakwah di dalam Polikk terutamanya. Kalau kita tidak memberikan yg terbaik kepada mereka, bagaimana mungkin mereka menjadi pendakwah kepada org2 yg masih jahil???

Oleh itu, saya menegaskan bahawa naqib perlu sedar ttg tgjwb mereka.

Sy juga berpesan kepada diri saya dan shbt/ah sekalian agar memainkan tgjwb dengan sungguh2. Elakkan mencari alasan untuk meninggalkan tgjwb. Berjihadlah dalam keadaan rasa ringan dan berat.

Wallahu'alam...