Pemuda VS Kaki

Bismillahirrahrrahmanirrahim..

Dengan nama Allah kita mulai segala-galanya.

Ya. Setiap daripada kita punya jahiliyah/tabiat buruk/kelemahan masing-masing. Dengan solatnya tak khusyu’ mana, dengan isu pergaulan dengan ajnabi, dengan membazir masanya.

Tapi dengan izin dan rahmat Allah, Allah pilih kita untuk menjadi para rijal (pemuda) yang peduli ummah. Apatah lagi dalam keadaan yang lagi ramai rijlun (kaki) dari rijal. Kaki (rijlun) rempit, kaki motor, kaki judi, kaki arak, kaki konsol, kaki TV, kaki Wii, kaki PS, kaki manga, kaki komik, kaki awek, kaki betina, kaki anime, kaki lepak, kaki pukul, kaki buli, kaki game.

Dengan penuh kekurangan kita, Allah memiilih kita untuk menjadi para rijal (pemuda) yang peduli ummah. Kita bengang-berang-mengamuk bila betting/judi badminton jadi legal di Malaysia. Sebab tu kalah Piala Thomas sebab tak berkat. Kita bengang-berang-marah bila negara Malaysia yang konon beragama rasmi Islam tidak menepati ciri-ciri Islami yang kita nak. Sekali lagi, sebab tu kalah Piala Thomas sebab match waktu Maghrib sampai ramai miss solat. Kita-bengang-berang-mengamuk itu dan ini.

Pertama-tamanya, syukurilah rasa kepedulian itu & berbahagialah para pemuda! Kerana al-Qur’an sendiri bercerita tentang kamu :

Para rijal Kahfi yang bersembunyi dalam gua selepas protes mereka terhadap kezaliman direspon dengan ancaman oleh pihak berkuasa.

MAHASISWA YANG LEBIH MATANG




TARBIYYAH : Anda sibuk? Mengadulah kepada Allah, Dia sudah ada jawapan dan solusinya

Seringkali, kesibukan dijadikan alasan untuk tidak memenuhi tanggungjawab di dalam perjuangan. Kesibukan bukanlah satu masalah dalam memenuhi tanggungjawab perjuangan. Kedua-duanya adalah proses pengalaman yang sentiasa mematangkan diri.

Dilema yang sering menghantui kehidupan seorang aktivis dakwah yang bergelar mahasiswa perubatan terutamanya :

Bagaimana menghadapinya, yakni antara kesibukan tanggungjawab sedia ada dan tanggungjawab perjuangan?
Bagaimana mengendalikan diri kita dalam mendepani cabaran kesuntukan masa ini?
Ada orang yang sentiasa menggunakan kesibukan sebagai alasan.

Islah Setapak ke Hadapan

3 Julai 2011, Ahad : Islah telah mengubah sistem organisasi yang dijalankan seperti sebelum ini. Terdapat lajnah-lajnah yang baru ditubuhkan bagi melicinkan gerak kerja Kelab Islah supaya selari dengan visi dan misi Kelab Islah.

Selain itu, wajah-wajah baru pimpinan telah dilantik dalam mesyuarat yang dihadiri oleh mantan-mantan pimpinan dan  pewaris-pewaris pimpinan Kelab Islah. Pimpinan-pimpinan  baru ini akan meneruskan perjuangan Kelab Islah yang merupakan Gerakan Islam di dalam Politeknik Kota Kinabalu.

Mohd Sabrie Abd Salam
Pengerusi Kelab Islah
"Perlantikan saya sebagai Pengerusi Kelab Islah adalah untuk saya lebih mengenali Allah sebenarnya," kata Mohd Sabrie apabila beliau berucap buat kali pertama sebagai Pengerusi Kelab Islah yang disambut dengan laungan takbir oleh para pimpinan baru dan mantan pimpinan.

Berikut adalah sistem organisasi Kelab Islah :

Majlis Tertinggi :

- Pengerusi
- Timb. Pengerusi 1 
- Timb. Pengerusi 2
- Pengerusi (Muslimat)
- Timb. Pengerusi 1 (Muslimat)
- Timb. Pengerusi 2 (Muslimat)
- Setiausaha
- Timb. Setiausaha
- Bendahari
- Timb. Bendahari

Lajnah-lajnah :

1. Lajnah Tarbiyah
2. Lajnah Siasah
3. Lajnah Dakwah
4. Lajnah Kebajikan
5. Lajnah Penerangan & Penerbitan
6. Lajnah Ekonomi
7. Lajnah Latihan Industri

*Untuk lebih lanjut sila ke link ini MT dan Ketua-ketua Lajnah .

Wajah-wajah pimpinan baru Kelab Islah

Istimewanya adalah pimpinan berwajah baru mempunyai cara yang tersendiri yang mungkin mampu membawa Kelab Islah setapak ke hadapan dan mempertahankan kekuatan yang telah dibina sepanjang penubuhannya.

Mahasiswa dan mahasiswi sedia maklum bahawa Kelab Islah sebelum ini telah berjaya melahirkan kepimpinan Politeknik Kota Kinabalu. Di mana dua kali pilihan raya kampus telah diadakan dan Kelab Islah telah menghantar beberapa calon dalam pilihan raya kampus ini dan dua kali juga memenangi kerusi YDP. Di antaranya Sdr. Mohd Iskhandar Mohd Yassin dan Sdr. Al Mutahhara Kamaruddin.

Di samping itu, kalau dilihat sebelum ini, Kelab Islah sudah selangkah di dalam mencegah kemungkaran di mana Kelab Islah telah menetapkan pendirian untuk membantah Program Hari Valentine yang melibatkan muslimin dan muslimat di dalam Politeknik ini. [Sila ke link ini Valentine].

Bersama-samalah kita mendoakan kepimpinan Kelab Islah kali ini supaya mendapat rahmat dan redha daripada Allah.

'ALLAH ADALAH TUJUAN KAMI'

Mantapkan Tarbiyah AJK Kelab Islah.

Bismillahirrahmanirrahim.

Untuk memastikan Kelab Islah terus berada pada landasan yang betul, bagi saya sistem tarbiyyah Kelab Islah perlu disemak semula secara menyeluruh  dan segera untuk dikaji  keberkesanannya terutama misi melahirkan kader-kader dan kepimpinan masa depan.

Kelab Islah memerlukan anjakan dan keberanian untuk melahirkan kepimpinan Kelab Islah yang menepati acuan perjuangan kita sendiri. Satu  penilaian semula secara objektif terhadap elemen-elemen terpenting dalam  Kelab Islah seperti akhlak dan sahsiah kepimpinan, kekuatan  ukhuwwah, wala’ terhadap kepimpinan dan disiplin serta pengurusan Kelab Islah. Saya merasakan semacam terhakisnya elemen-elemen terpenting yang disebutkan tadi yang lambat laun menjadi api dalam sekam yang memusnahkan perjuangan kita.

Pemerkasaan  program-program tarbiyyah mesti dipertingkatkan dan dilaksanakan secara berterusan selaras dengan cabaran dakwah dan siasah. Agenda  tarbiyyah ini menjadi kewajipan nombor satu dalam Kelab Islah sebagai gerakan Islam. Kelab Islah mesti digerakkan dengan ‘amal Islami yang berteraskan 10 prinsip  perjuangan yang telah digariskan oleh al-Imam al-Syahid Hassan al-Banna. Kesedaran ahli-ahli terhadap makna perjuangan Islam juga perlu dilihat semula supaya ahli tidak melihat  kuasa atau sebarang bentuk habuan dunia sebagai matlamat gerak kerja Islam. Gejala fikrah maddiyah (materialistik) mesti dihapuskan, sebaliknya ahli-ahli Kelab Islah perlu sedar bahawa matlamat kita adalah mardhatillah.

Melalui  tarbiyyah inilah, kita mengharapkan kesatuan fikrah dan ‘amal dapat diwujudkan, sekali gus menangani keegoan dalam diri ahli Kelab Islah yang kononnya sudah bijak dan tidak mahu terlibat pada gerakan Islam kerana hal ini boleh memecahkan dan melemahkan Kelab Islah. Unit Tarbiyyah juga hendaklah memastikan keseluruhan gerak kerja Kelab Islah berjalan di atas landasan amal jama’ie dan berpegang dengan prinsip Islam yang dipandu oleh sumber wahyu.            

Apabila kita memperoleh kejayaan dalam pilihan raya, sebahagian besar tenaga dan jentera kita telah bertukar menjadi jentera JPP. Kita akui bahawa ahli-ahli Kelab Islah dengan sendirinya menjadi mata, telinga, mulut dan tangan platform yang lain seperti JPK, RP dan lain-lain.

Kita sedar bahawa mesej dan dasar Islam tidak akan dapat disampaikan kepada mahasiswa tanpa bantuan kita semua. Tetapi, janganlah hendaknya kita mengabaikan gerak kerja tarbiyyah semata-mata kerana kita telah menguasai kerusi YDP JPP. Peningkatan tugas ini  terpaksa kita hadapi kerana kita adalah manusia yang dipilih oleh Allah untuk mentadbir Politeknik ini. Tetapi antara urusan JPP dan urusan Kelab Islah mestilah bergerak serentak supaya kekuatan  kedua-duanya dapat kita bina. Tidak ada makna kita memiliki ahli Kelab Islah yang ramai, tetapi tarbiyyah ahli yang lemah.

Saya menegaskan sekali lagi, supaya program-program tarbiyyah perlu dipertingkatkan dan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan jiwa individu muslim dapat dibina di dalam diri setiap ahli anggota gerakan Islam.

Wallahu'alam.