Pemuda VS Kaki

Bismillahirrahrrahmanirrahim..

Dengan nama Allah kita mulai segala-galanya.

Ya. Setiap daripada kita punya jahiliyah/tabiat buruk/kelemahan masing-masing. Dengan solatnya tak khusyu’ mana, dengan isu pergaulan dengan ajnabi, dengan membazir masanya.

Tapi dengan izin dan rahmat Allah, Allah pilih kita untuk menjadi para rijal (pemuda) yang peduli ummah. Apatah lagi dalam keadaan yang lagi ramai rijlun (kaki) dari rijal. Kaki (rijlun) rempit, kaki motor, kaki judi, kaki arak, kaki konsol, kaki TV, kaki Wii, kaki PS, kaki manga, kaki komik, kaki awek, kaki betina, kaki anime, kaki lepak, kaki pukul, kaki buli, kaki game.

Dengan penuh kekurangan kita, Allah memiilih kita untuk menjadi para rijal (pemuda) yang peduli ummah. Kita bengang-berang-mengamuk bila betting/judi badminton jadi legal di Malaysia. Sebab tu kalah Piala Thomas sebab tak berkat. Kita bengang-berang-marah bila negara Malaysia yang konon beragama rasmi Islam tidak menepati ciri-ciri Islami yang kita nak. Sekali lagi, sebab tu kalah Piala Thomas sebab match waktu Maghrib sampai ramai miss solat. Kita-bengang-berang-mengamuk itu dan ini.

Pertama-tamanya, syukurilah rasa kepedulian itu & berbahagialah para pemuda! Kerana al-Qur’an sendiri bercerita tentang kamu :

Para rijal Kahfi yang bersembunyi dalam gua selepas protes mereka terhadap kezaliman direspon dengan ancaman oleh pihak berkuasa.

MAHASISWA YANG LEBIH MATANG




TARBIYYAH : Anda sibuk? Mengadulah kepada Allah, Dia sudah ada jawapan dan solusinya

Seringkali, kesibukan dijadikan alasan untuk tidak memenuhi tanggungjawab di dalam perjuangan. Kesibukan bukanlah satu masalah dalam memenuhi tanggungjawab perjuangan. Kedua-duanya adalah proses pengalaman yang sentiasa mematangkan diri.

Dilema yang sering menghantui kehidupan seorang aktivis dakwah yang bergelar mahasiswa perubatan terutamanya :

Bagaimana menghadapinya, yakni antara kesibukan tanggungjawab sedia ada dan tanggungjawab perjuangan?
Bagaimana mengendalikan diri kita dalam mendepani cabaran kesuntukan masa ini?
Ada orang yang sentiasa menggunakan kesibukan sebagai alasan.

Islah Setapak ke Hadapan

3 Julai 2011, Ahad : Islah telah mengubah sistem organisasi yang dijalankan seperti sebelum ini. Terdapat lajnah-lajnah yang baru ditubuhkan bagi melicinkan gerak kerja Kelab Islah supaya selari dengan visi dan misi Kelab Islah.

Selain itu, wajah-wajah baru pimpinan telah dilantik dalam mesyuarat yang dihadiri oleh mantan-mantan pimpinan dan  pewaris-pewaris pimpinan Kelab Islah. Pimpinan-pimpinan  baru ini akan meneruskan perjuangan Kelab Islah yang merupakan Gerakan Islam di dalam Politeknik Kota Kinabalu.

Mohd Sabrie Abd Salam
Pengerusi Kelab Islah
"Perlantikan saya sebagai Pengerusi Kelab Islah adalah untuk saya lebih mengenali Allah sebenarnya," kata Mohd Sabrie apabila beliau berucap buat kali pertama sebagai Pengerusi Kelab Islah yang disambut dengan laungan takbir oleh para pimpinan baru dan mantan pimpinan.

Berikut adalah sistem organisasi Kelab Islah :

Majlis Tertinggi :

- Pengerusi
- Timb. Pengerusi 1 
- Timb. Pengerusi 2
- Pengerusi (Muslimat)
- Timb. Pengerusi 1 (Muslimat)
- Timb. Pengerusi 2 (Muslimat)
- Setiausaha
- Timb. Setiausaha
- Bendahari
- Timb. Bendahari

Lajnah-lajnah :

1. Lajnah Tarbiyah
2. Lajnah Siasah
3. Lajnah Dakwah
4. Lajnah Kebajikan
5. Lajnah Penerangan & Penerbitan
6. Lajnah Ekonomi
7. Lajnah Latihan Industri

*Untuk lebih lanjut sila ke link ini MT dan Ketua-ketua Lajnah .

Wajah-wajah pimpinan baru Kelab Islah

Istimewanya adalah pimpinan berwajah baru mempunyai cara yang tersendiri yang mungkin mampu membawa Kelab Islah setapak ke hadapan dan mempertahankan kekuatan yang telah dibina sepanjang penubuhannya.

Mahasiswa dan mahasiswi sedia maklum bahawa Kelab Islah sebelum ini telah berjaya melahirkan kepimpinan Politeknik Kota Kinabalu. Di mana dua kali pilihan raya kampus telah diadakan dan Kelab Islah telah menghantar beberapa calon dalam pilihan raya kampus ini dan dua kali juga memenangi kerusi YDP. Di antaranya Sdr. Mohd Iskhandar Mohd Yassin dan Sdr. Al Mutahhara Kamaruddin.

Di samping itu, kalau dilihat sebelum ini, Kelab Islah sudah selangkah di dalam mencegah kemungkaran di mana Kelab Islah telah menetapkan pendirian untuk membantah Program Hari Valentine yang melibatkan muslimin dan muslimat di dalam Politeknik ini. [Sila ke link ini Valentine].

Bersama-samalah kita mendoakan kepimpinan Kelab Islah kali ini supaya mendapat rahmat dan redha daripada Allah.

'ALLAH ADALAH TUJUAN KAMI'

Mantapkan Tarbiyah AJK Kelab Islah.

Bismillahirrahmanirrahim.

Untuk memastikan Kelab Islah terus berada pada landasan yang betul, bagi saya sistem tarbiyyah Kelab Islah perlu disemak semula secara menyeluruh  dan segera untuk dikaji  keberkesanannya terutama misi melahirkan kader-kader dan kepimpinan masa depan.

Kelab Islah memerlukan anjakan dan keberanian untuk melahirkan kepimpinan Kelab Islah yang menepati acuan perjuangan kita sendiri. Satu  penilaian semula secara objektif terhadap elemen-elemen terpenting dalam  Kelab Islah seperti akhlak dan sahsiah kepimpinan, kekuatan  ukhuwwah, wala’ terhadap kepimpinan dan disiplin serta pengurusan Kelab Islah. Saya merasakan semacam terhakisnya elemen-elemen terpenting yang disebutkan tadi yang lambat laun menjadi api dalam sekam yang memusnahkan perjuangan kita.

Pemerkasaan  program-program tarbiyyah mesti dipertingkatkan dan dilaksanakan secara berterusan selaras dengan cabaran dakwah dan siasah. Agenda  tarbiyyah ini menjadi kewajipan nombor satu dalam Kelab Islah sebagai gerakan Islam. Kelab Islah mesti digerakkan dengan ‘amal Islami yang berteraskan 10 prinsip  perjuangan yang telah digariskan oleh al-Imam al-Syahid Hassan al-Banna. Kesedaran ahli-ahli terhadap makna perjuangan Islam juga perlu dilihat semula supaya ahli tidak melihat  kuasa atau sebarang bentuk habuan dunia sebagai matlamat gerak kerja Islam. Gejala fikrah maddiyah (materialistik) mesti dihapuskan, sebaliknya ahli-ahli Kelab Islah perlu sedar bahawa matlamat kita adalah mardhatillah.

Melalui  tarbiyyah inilah, kita mengharapkan kesatuan fikrah dan ‘amal dapat diwujudkan, sekali gus menangani keegoan dalam diri ahli Kelab Islah yang kononnya sudah bijak dan tidak mahu terlibat pada gerakan Islam kerana hal ini boleh memecahkan dan melemahkan Kelab Islah. Unit Tarbiyyah juga hendaklah memastikan keseluruhan gerak kerja Kelab Islah berjalan di atas landasan amal jama’ie dan berpegang dengan prinsip Islam yang dipandu oleh sumber wahyu.            

Apabila kita memperoleh kejayaan dalam pilihan raya, sebahagian besar tenaga dan jentera kita telah bertukar menjadi jentera JPP. Kita akui bahawa ahli-ahli Kelab Islah dengan sendirinya menjadi mata, telinga, mulut dan tangan platform yang lain seperti JPK, RP dan lain-lain.

Kita sedar bahawa mesej dan dasar Islam tidak akan dapat disampaikan kepada mahasiswa tanpa bantuan kita semua. Tetapi, janganlah hendaknya kita mengabaikan gerak kerja tarbiyyah semata-mata kerana kita telah menguasai kerusi YDP JPP. Peningkatan tugas ini  terpaksa kita hadapi kerana kita adalah manusia yang dipilih oleh Allah untuk mentadbir Politeknik ini. Tetapi antara urusan JPP dan urusan Kelab Islah mestilah bergerak serentak supaya kekuatan  kedua-duanya dapat kita bina. Tidak ada makna kita memiliki ahli Kelab Islah yang ramai, tetapi tarbiyyah ahli yang lemah.

Saya menegaskan sekali lagi, supaya program-program tarbiyyah perlu dipertingkatkan dan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan jiwa individu muslim dapat dibina di dalam diri setiap ahli anggota gerakan Islam.

Wallahu'alam.

Usrah Gabungan : Tuntutan Syahadah

10 Mac 2011, Khamis : Alhamdulillah, Usrah Gabungan dapat berjalan dengan baik dan disampaikan oleh Saudara Al Mutahhara Kamaruddin merangkap YDPJPP PoliKK.

Tajuk Usrah ialah Tuntutan Syahadah.


Saudara Al Mutahhara yang telah menyampaikan Tuntutan Syahadah.



Hadirin yang telah menghadiri Usrah Gabungan



Hadirin yang telah menghadiri Usrah Gabungan

Mudah-mudahan Allah merdhai kita semua. Amin.

'MENCARI REDHA ALLAH'.

CERAMAH UMUM : 'ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN'.


CERAMAH UMUM
Anjuran : Kelab Islah Politeknik Kota Kinabalu, Sabah.
Tajuk : 'Islam Memimpin Perubahan'.
Penceramah : 
1. Mohd. Azrie Ismail (Pengerusi Kelab Islah PKK) - Ucapan alu-aluan.
2. Al Mutahhara Kamaruddin (Yang Di Pertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar) - Mengupas isu-isu semasa Politeknik Kota Kinabalu
3. Ustaz Anuar Ali (Mudir Sekolah Rendah Maahad Tahfiz Bandar Sierra) - Taujihat 'Islam Memimpin Perubahan'.
Tempat : Parkir kenderaan Pusat Islam.
Tarikh : 14.03.2011 (Isnin) (Jangan ikut tarikh dalam poster)
Masa : 8:45 malam.

*Semua warga Politeknik Kota Kinabalu dijemput hadir.

MENCARI REDHA ALLAH

USRAH GABUNGAN : ALLAH ADALAH MATLAMATKU


Usrah Gabungan Kelab Islah PKK
Tajuk : Allah Adalah Matlamatku
Disampaikan oleh : Ustaz Anuar Ali (Mudir Sekolah Rendah Maahad Tahfiz Bandar Sierra)
Tarikh : 10 Mac 2011 (Khamis)
Tempat : Bilik Seminar Pusat Islam PKK
Masa : 8:30 malam

*Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.

MENCARI REDHA ALLAH

KEM PEMANTAPAN AQIDAH POLITEKNIK KOTA KINABALU, SABAH.

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan Kelab Islah (KI) telah mengadakan kerjasama untuk melaksanakan satu program yang dikhususkan kepada mahasiswa yang beragama Islam. Berikut adalah butiran-butiran  program tersebut :

Nama Program : Kem Pemantapan Aqidah PKK.
Anjuran : Biro Kerohanian & Moral, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar PKK.
Kerjasama : Unit Tarbiyah, Kelab Islah PKK.
Pengarah Program : Azman Hanafiah (Ketua Biro Kerohanian & Moral)
Tarikh : 25-27.2.2011 (Jumaat-Ahad)
Tempat : Masjid An-Nur (Tuaran, Kota Kinabalu)

Semoga program ini dapat dilaksanakan dengan baik dan berjalan dengan lancar.

MENCARI REDHA ALLAH SWT

Surat Bantahan Program Hari Valentine Diterima Baik Oleh Pihak Pengurusan

11 RABI'UL AWWAL 1432 H  (14 FEBUARI 2011, ISNIN - Alhamdulillah, baru sahaja kelmarin Surat Bantahan Program Hari Valentine diserahkan kepada Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik Kota Kinabalu iaitu Encik Dullah Muluk. 

Dari kiri : Saudara Mohd. Azrie Ismail (Pengerusi Kelab Islah), Saudara Masedeh Rosmin (Pengarah Jentera Pilihanraya HPA), Encik Dullah Muluk (Timb. Peng. Sokongan Akademik), Saudara Al Mutahhara Kamaruddin (YDPJPP).

"Bagus juga kamu membuat bantahan ini supaya tidak membenarkan mahasiswa yang beragama Islam terlibat denga program ini," kata TPSA ketika YDP menyerahkan surat bantahan tersebut.

Penyerahan surat bantahan tersebut berlangsung selama lebih kurang lima minit dan Kelab Islah berharap semua mahasiswa yang beragama Islam tidak melibatkan diri dalam Program Hari Valentine.

"Larangan untuk tidak mengikuti Program Hari Valentine ini adalah untuk mahasiswa yang beragama Islam sahaja sementara mahasiswa yang bukan beragama Islam, kami umat Islam tidak akan sekali-kali menghalang mereka. Kita umat Islam berpegang pada ayat Allah yang bermaksud "Untuk kamu (bukan Islam) agama kamu, untuk kami (Umat Islam) agama kami", bermaksud program keagamaan agama lain, Islam tidak boleh menghalangnya, kerana itu kebebasan agama mereka," kenyataan Al Mutahhara yang merupakan salah seorang daripada penyokong Surat Bantahan Program Hari Valentine.

Kelab Islah juga berharap agar semua mahasiswa yang beragam Islam supaya menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang agama supaya tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti yang melanggar syariat Islam.

Mudah-mudahan kita semua berada dalam redha Allah SWT. 

Takbir! (Allahuakbar!)

Wallahu'alam.

MENCARI REDHA ALLAH

Kelab Islah mengedar 'Risalah Menyambut Hari Valentine'.

13 FEBUARI 2011, AHAD - Selesai sahaja menunaikan Solat Isyak secara berjamaah yang diimamkan oleh Saudara Mohd Azrie Ismail (Pengerusi Kelab Islah), para jamaah pula menunaikan Solat Sunat Hajat secara berjamaah untuk memohon hajat kepada Allah SWT supaya gerak kerja mengedarkan Risalah Menyambut Hari Valentine berjalan dengan lancar.

Selesai sahaja menunaikan Solat Sunat Hajat, para jamaah terutamanya AJK Kelab Islah berkumpul di Bilik Seminar Pusat Islam untuk mendengar taklimat mengenai perjalanan edaran risalah. Saudara Al Mutahhara telah mengetuai edaran risalah pada kali ini dan beliau juga yang memberikan taklimat perjalanan edaran risalah tersebut.


Saudara Al Mutahhara menyampaikan taklimat perjalanan edaran risalah.



Para jamaah duduk mendengar taklimat perjalanan edaran risalah.

"Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu (memberikan kemenangan) [Surah Muhammad : 7]. Oleh itu, sekiranya kita hendak memenangkan agama Allah, syaratnya adalah kita mesti berjuang yakni berkerja menyampaikan risalah Islam. Dan kita jangan takut, jangan gentar dan jangan mundur apabila kita menerima tentangan, cacian dan makian kerana semua ini telah dilalui oleh Rasulullah SAW dan tidak mustahil kita menerima cacian seperti Rasulullah SAW," tegas Al Mutahhara selepas memberikan taklimat perjalanan gerak kerja edaran risalah.

Sebelum kerja edaran risalah diteruskan, Saudara Al Mutahhara yang merupakan YDPJPP mengetuai bacaan doa dan sorakan takbir (Allahuakbar). Risalah diedarkan pada di cafetaria, gerai, student plaza, bilik kuliah umum dan diteruskan pada setiap blok kolej kediaman.


Mahasiswa yang berada di dalam cafetaria menyambut baik risalah yang telah diberikan.

Alhamdulillah, sepanjang perjalanan tidak ada masalah yang dihadapi oleh pengedar risalah. Apabila dilihat dari arah hadapan ataupun belakang, bagaikan tentera Badar yang mempunyai semangat jihad untuk bertembung dengan musuh Allah SWT.


Muslimat sedang menunggu di luar bilik kuliah umum untuk menyampaikan risalah kepada mahasiswa yang berada di dalam bilik kuliah tersebut.

Mudah-mudahan kerja kali ini dikira sebagai satu amalan baik dan mendapat redha daripada Allah SWT. Kelab Islah berharap supaya semua muslimin dan muslimat memboikot program yang bertemakan Hari Valentine sama ada di dalam Politeknik ataupun di luar Politeknik.

Wallahu'alam.

Allahuakbar!

MENCARI REDHA ALLAH

Hukum menyambut 'Hari Valentine'.

Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.

Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.

Pasangan-pasangan ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.

SEJARAH SAMBUT HARI VALENTINE

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya.

1)Pendapat pertama
Mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.

Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak.

Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.

Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.

2) Pendapat kedua
Mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

i) Versi pertama.
Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.

Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

ii) Versi kedua.
Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.

Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit.. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

3) Pendapat ketiga.
Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

4) Pendapat keempat.Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris. Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.


HUKUM SAMBUT VALENTINE

Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).

Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.

Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini.

Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.

Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)



Sumber : PERPPIS TAWAU

Lawatan Muhibbah Pimpinan Kampus



10 Februari 2011 – Semalam telah berlangsung sebuah program anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang turut melibatkan kerjasama antara Kelab Islah dan Jawatankuasa Pelajar Kamsis.

Wakil daripada Kelab Islah, diketuai oleh saudara Mohd. Azrie Bin Ismail manakala Jawatankuasa Pelajar Kamsis diketuai oleh Zukhairul.

Program tersebut bermula pada jam 8.30 malam di BKU 1 dengan ucapan daripada Yang Dipertua JPP, saudara Al Mutahhara bin Kamaruddin serta taklimat daripada pengarah program iaitu Armah Bte Arun, Ketua Biro Perpaduan dan Integrasi dengan dibantu oleh Saifudin Bin Jamilin, Ketua Biro Kebajikan dan Sosial.



Antara isu yang ditanya oleh warga kampus ialah  infrastruktur dan keselamatan warga kampus. Bagi menjawap persoalan tersebut YDP memaklum bahawa JPP sememang prihatin dengan masalah berkenaan di mana JPP telah memasukan Kempen Sifar Anjing dalam takwim mereka bagi menangi masalah berkenaan. Manakala persoalan berkenaan wifi percuma juga turut terjawap di mana YDP memaklumkan bahawa pengarah Politeknik KK bersetuju untuk mewujudkan keperluan berkenaan.

Antara harapan YDP ialah seluruh kampus bersedia untuk memberikan kerjasama bagi melicinkan kerja mereka. Turut tidak ketinggalan ucapan terima kasih daripada pengerusi Kelab Islah terhadap sokongan warga kampus politeknik kk.

Manakala pengerusi JPK pula berharap pelajar sentiasa menggunakan saluran yang telah disediakan bagi mengatasi permasalahan mereka dengan berkesan.

Diharap program ini dapat mengurangkan perbezaan antara pimpinan kampus serta mahasiswa Politeknik KK. Pada masa yang sama mengajak para pimpinan kampus untuk mendekati golongan yang memerlukan perhatian serta mewujudkan persefahaman dan keharmonian.


Lawatan dilakukan disetiap aras blok kediaman mahasiswa dan mahasiswi dengan mengikut kumpulan yang ditetapkan. Sedikit juadah turut disediakan semasa lawatan dan program berakhir pada jam 11.00 malam.

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) 2011.


MAJLIS TERTINGGI :

Yang diPertua : Al Mutahhara Kamaruddin (Daripada Kelab Islah).
Naib Yang diPertua : Zulbada Alior (Daripada JPP).
Setiusaha Kehormat : Yee Pui Man (Daripada JPP).
Naib Setiausaha Kehormat : Asrul Dualin (Daripada JPP).
Bendahari Kehormat : Dayang Junaijah Sani (Daripada JPP).
Naib Bendahari Kehormat : Hasmiati Amir (Daripada JPP).

KETUA BIRO :

Biro Kerohanian & Moral : Azman Hanafiah (Daripada Kelab Islah).
Biro Akademik & Latihan : Mirianti Patalempo.
Biro Perpaduan & Integrasi : Armah Arun.
Biro Kebajikan & Sosial : Saifudin Jamilin (Daripada Kelab Islah).
Biro Multimedia & Penerbitan : Hussain Uggak (Daripada PRS).
Biro Sukan & Rekreasi : Usama Mohd Alifa.

"JPP MENTRANSFORMASI MAHASISWA"

Al Mutahhara Kamaruddin Diiktiraf YDP oleh Mahasiswa PoliKK.

Bismillahirrahmanirrahim.

13 JANUARI 2011 - Al Mutahhara Kamaruddin telah mendapat undian yang paling teringgi di antara ke enam lawannya. Beliau yang merupakan calon daripada Himpunan Penyokong Al Mutahhara (HPA) dan juga daripada Kelab Islah mendapat undi majoriti sebanyak 154 undi meninggalkan calon lawan terkuatnya Saudara Zulbada Alior.

Dengan ini, Al Mutahhara diisytiharkan sebagai Yang DiPertua Politeknik Kota Kinabalu dan Zulbada Alior sebagai Naib Yang DiPertua. Watikah Perlantikan akan diadakan pada Isnin ini.

Pada malam kemenangan tersebut, beberapa AJK Kelab Islah telah mengadakan sambutan hari jadi kepada Al Mutahhara walaupun beliau menyembunyikan perkara tersebut. 

"Saya ingatkan tidak ada orang yang tahu tentang tarikh hari jadi saya," kata beliau ketika dalam ucapannya sempena hari jadi.

"Kemenangan dalam pilihanraya kali ini adalah satu hadiah terbesar oleh Allah SWT kepada kamu," dalam satu sms daripada sahabat beliau.

Berikut adalah keputusan PRK Politeknik Kota Kinabalu :

Al Mutahhara Bin Haji Kamaruddin - 2032 Undi
Zulbada Bin Alior - 1878 Undi
Asrul Bin Dualin - 1454 Undi
Yee Pui Man - 1419 Undi
Dg Junaijah Bt Sani - 1417 Undi
Hasmiati Bt Amir - 1313 Undi

Kini HPA digantikan kepada Gerakan Mahasiswa Politeknik Kota Kinabalu (GEMA) di mana Al Mutahhara juga sebagai Presidennya.

Kelab Islah dan GEMA berharap JPP dapat bekerjasama untuk membela hak mahasiswa.

'MA'ABTIGHAAN MARDHATILLAH'.

80% mahasiswa PoliKK dijangkakan pengundi AL MUTAHHARA B. KAMARUDDIN.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

9 JANUARI 2010 : Suasana Pilihanraya Kampus di Politeknik Kota Kinabalu kini semakin meriah daripada hari jumaat lalu. Kini, poster Al Mutahhara sudah membanjiri bangunan HEP. 

Kelab Islah mendapat maklumat daripada 'Suara Siswa Politeknik KK' melalui FB, bahawa 80% mahasiswa berpihak kepada AL MUTAHHARA B. KAMARUDDIN.

Bagi Kelab Islah, ini adalah satu berita yang baik kepada seluruh mahasiswa PoliKK kerana Kelab Islah yakin kepada AL MUTAHHARA sebagai pemimpin yang berkelayakan dari segi kepimpinan.

"Mahasiswa sepatutnya mengundi Al Mutahhara sahaja, kerana bagi saya beliau adalah seorang pemimpin yang baik dan mempunyai kelebihan dari segi ilmu agama. Boleh dikatakan beliau adalah AJK Kelab Islah yang paling lantang di dalam menyampaikan ilmu ALLAH SWT. Beliau juga seorang yang berani. Ini terbukti pada semester Julai 2009, di mana beliau berani bersuara untuk menegakkan amal makruf nahi mungkar semasa sesi Diskusi Bersama Kamsis. Tambahan lagi, unit yang beliau ketuai pada semester lalu telah mendapat Anugerah Unit Terbaik Semester Jun 2010," kata Saudara Azrie Ismail ketika ditanya tentang kepimpinan Al Mutahhara Kamaruddin.

InsyaAllah, berita selanjutnya akan diadakan dari semasa ke semasa.

Wallahu'alam.

"MA'ABTIGHAAN MARDHATILLAH". 

Calon Mahasiswa Politeknik Kota Kinabalu Sabah. JOM UNDI!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

POLITEKNIK KOTA KINABALU, 7 Jan : Pada hari ini, AJK Pilihanraya Kampus Politeknik Kota Kinabalu membenarkan calon yang bertanding untuk berkempen mulai hari ini. 

6 orang calon yang bertanding bagi merebut kerusi Yang Dipertua (YDP). Seorang daripadanya adalah calon daripada Kelab Islah iaitu Al Mutahhara Bin Kamaruddin. Pengaruh beliau amat hebat di Politeknik Kota Kinabalu jika dibandingkan dengan 5 orang calon yang lain.

Berikut adalah biodata beliau : 
NAMA : AL MUTAHHARA BIN HJ. KAMARUDDIN BIN PADU
KURSUS : DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (SEM 6)
BLOG : http://almuslim-alharaki.blogspot.com/
E-MAIL : muslim_haraki@yahoo.com
NO. TEL. : 019-5273975
KOLEJ KEDIAMAN : KN-02-002
PENDIDIKAN :
1. Tadika HUMANA HOUSE 25 Semporna Sabah.
2. SK Kalumpang Semporna (1997).
3. SK Pasir Putih, Tawau, Sabah (1998-2002).
4. Kelas Al-Quran & Fardhu Ain (KAFA) Kampung Pasir Putih, Tawau, Sabah (1998-2002).
5. SMK Pasir Putih, Tawau, Sabah (2003-2005).
6. SM Teknik Tawau, Sabah (2006-2007).
7. Politeknik Kota Kinabalu, Sabah (Dalam pengajian).
KEMAHIRAN : 
1. MEMPUNYAI KEBOLEHAN BERPIDATO (Sering menyampaikan Tazkirah Subuh dan Tazkirah Maghrib).
2. MEMPUNYAI KEBOLEHAN MEMIMPIN (Mantan Bendahari Kelab Islah Sesi Julai 2009, Mantan Timbalan Pengerusi Kelab Islah Sesi Jun 2010, Mantan Ketua Unit Tarbiyah Sesi Jun 2010 [Unit Terbaik Sesi Jun 2010], Mantan Setiausaha Kolej Kediaman Blok N  Sesi Julai 2009 [Blok Kolej Kediaman Terbaik Sesi Julai 2010].
3. Berani menyampaikan suara mahasiswa.

Undilah Al Mutahhara,
Pembela Hak Mahasiswa,
Al Mutahhara Untuk Mahasiswa,
Dulu, Kini, & InsyaAllah selamanya.

"BANGKIT MAHASISWA!" 

Nasihat Untuk Semua



Islam Untuk Semua,
Agama itu nasihat,
Nasihat untuk semua,
Pemimpin dan ahli wajib menerima nasihat.

Jangan halang orang yang memberikan nasihat,
Kerana tidak ada beza dengan toghut yang dilaknat,
Halang nasihat sama juga redha maksiat,
Akibatnya azab pedih di akhirat.

Nasihat Untuk Semua,
Kita semua perlu berlapang dada,
Jangan kerana kita terasa,
Kita menghalang penasihat di sana.

Nasihat Untuk Semua,
Maksiat mad'u kita cegah,
Maksiat diri tidak mau cegah,
Apa beza kita dengan si toghut penderhaka?

Nasihat Untuk Semua,
Jangan hanya berani berkata benar pada sahabat kita,
Tetapi kita tidak berani berkata benar pada diri kita,
Itu namanya retorik belaka.

Nasihat Untuk Semua,
Maaflah jika ada terluka,
Kerana ini benar belaka,
Mari bersama kita bermuhasabah.

Nasihat Untuk Semua,
Kalau difahami baguslah ia,
Hanya sekadar luahan bersama,
Amat berharap kemaafan semua.


Oleh :

Al Mutahhara Kamaruddin,
AJK Kelab Islah,
Politeknik Kota Kinabalu,
Sabah.