DG (Discussion Group) Junior Kali Pertama

Sumber : http://almuslim-alharaki.blogspot.com


06 JULAI 2010 (JUMAAT).

Assalamu’alaikum w.b.t … Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam… Selawat dan Salam ke atas junjungan kita, Rasulullah SAW. Pada malam ini, telah pun berjalan usrah untuk ahli-ahli semester satu. Alhamdulillah, kehadiran pun dalam keadaan yang baik.

Usrah kali pertama telah ana selaraskan kepada seluruh nuqaba bahawa usrah kali ini adalah Pengenalan Usrah sahaja. Sedikit perkara yang kami bawakan semasa usrah ialah seperti di bawah :

INSTITUSI USRAH DALAM SIRAH NABAWIYAH

Usrah yang berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud keluarga, merupakan satu medan untuk ahlinya bersama-sama menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat ukhuwah Islamiyah.

Usrah adalah medium pendidikan/pentarbiahan yang bertujuan melahirkan ‘amilin (para pekerja) dan bukannya sekadar mufakkirin (golongan yang berfikir) walaupun kita tidak menafikan kepentingan orang-orang yang berfikir. Usrah bukan semata-mata majlis ilmu, bahkan adalah medan untuk merapatkan ukhuwah serta mewujudkan keselarasan fikrah dan amal antara anggota.

Usrah adalah antara method yang digunakan oleh Rasulullah dalam mendididk generasi awal para sahabat bagi menanam keyakinan dan keimanan kepada Allah dan RasulNya. Bermula dengan sejumlah 30 lelaki dan wanita, Rasulullah mengumpulkan sahabat dalam pertemuan sulit di rumah Al Arqam bin Abi Al Arqam. Jumlah ini semakin besar dan banyak sehinggalah Allah memerintahkan Rasulullah S.A.W untuk menyampaikan dakwah secara terang-terangan. Ini dinyatakan dalam firman-Nya ;

”Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik.” (Surah Al-Hijr:94).

RUKUN-RUKUN USRAH

1. TA’ARUF (BERKENALAN)

Berkenalan sesama ahli usrah sehingga masing-masing merasakan bahawa setiap ahli adalah sebahagian dari dirinya. Berkenalan secara mendalam antara naqib dan ahli usrah perlu dilakukan secara berterusan atas kesedaran berkasih-sayang semata-mata kerana Allah.

2. TAFAHUM (MEMAHAMI)

Rukun ini menekan peri pentingnya memahami dan menghayati Islam yang syumul. Matlamat ini dapat dicapai melalui program-program yang diatur didalam usrah antaranya, tilawah al-quran dan pemahaman isi kandungannya, bacaan dan pembentangan buku-buku, diskusi dan sebagainya.


3. TAKAFUL (SALING MELENGKAPI)

Rukun yang ketiga ini menjelaskan bahawa Usrah bukanlah semata-mata sebagai medan taalim (belajar), sebaliknya Usrah memupuk semangat dan budaya berpasukan dalam kalangan setiap ahli. Semangat berpasukan ini adalah lanjutan daripada perasaan berkasih sayang dan bersaudara yang digilap dalam rukun yang pertama iaitu taaruf.

Selain itu, tugasan yabfg pertama diberikan kepada anak usrah ialah membuat biodata dan sebarkan kepada ahli yang lain dan mengutip wang infak untuk kegunaan anak usrah.

Ana berharap supaya usrah yg akan datang berjalan dengan baik dan mudah-mudahan kita semua mendapat redha Allah SWT. Amin…

Wallahu’alam.

TAKBIR!!!

0 ulasan: